KELUAR DARIPADA KERANGKA PEMIKIRAN POLITIK SEMPIT
Ditulis oleh Pentadbir Laman   

thamud-ad.jpgSama ada dipersetujui atau tidak, kemelut politik dalam negara pada masa kini agak meruncing dan membimbangkan orang awam seperti penulis. Setidak-tidaknya itulah pandangan orang awam seperti saya. Betapa tidaknya, kemelut perebutan jawatan dalam UMNO menjadi-jadi, sebuah parti Melayu yang mengakui mewakili masyarakat Melayu Muslim. Apakah ertinya disebalik perebutan itu? Maknanya seolah-olah tidak ada lagi mereka yang benar-benar tertonjol dan berkredibeliti untuk mewarisi kepimpinan. Semuanya merasakan mereka lebih afdhal daripada orang lain.
 
Dalam pandangan Islam, orang tidak boleh berebut-rebut untuk menjadi pemimpin. Samalah halnya orang tidak boleh berebut untuk menjadi imam sembahyang. Imam dalam sembahyang sama lah dengan pemimipin di luar sembahyang. Tidak ada dualisme. Jika perebutan sebegitu sengit, ertinya sudah tidak ada kepercayaan di antara satu sama lain. Masing-masing merasakan mereka sama rata berada atas padang yang sama rata.
Lebih merisaukan lagi jika ada yang merasuah untuk memimpin.

Ajaran Islam mengajar kita yang muda menghormati yang tua, yang tua pula menyayangi yang muda. Kalau "fatwa" ini dipakai, orang muda malu untuk merebut daripada orang tua, dan yang tua pula sedia menyerahkan kepada yang muda tetapi yang lebih berwibawa. Inilah padahnya bila politik kita sudah begitu taksub kepada demokrasi liberal. Semangat syura yang dianjur oleh Islam sudah hilang.

 
MENSEJAHTERAKAN HIDUP DENGAN MOTIVASI DOA
Ditulis oleh Pentadbir Laman   

berdoa.jpgSOALAN: Adakah Allah S.W.T. akan menerima doa` yang saya ungkapkan sedangkan saya tidak faham berdoa dengan bahasa Arab. Bagaimana saya dapat berdoa dengan cara yang diterima Tuhan. ~ Haji Yaakub, Kusial, Tanah Merah, Kelantan.

JAWAPAN: Imam Shafi`I RahimahuLlah, pernah mengatakan kita umat Islam agar belajar bahasa Arab. Belajar bahasa Arab itu wajib. Sudah tentu beliau tidak berhajat menjadikan kita semua  menjadi pakar dalam bahasa Arab. Apa yang dikehendaki beliau agar umat Islam faham apa yang mereka baca dalam sembahyang mereka dan faham pula  apa yang meraka ungkapkan dalam doa` mereka kepada Tuhan pada setiap hari.

Salah satu kelemahan umat Islam pada masa kini, walau pun mereka membaca kitab suci al-Qur`an, ramai mereka yang tidak dapat memahaminya. Bagaimana dapat berkesaan satu pembacaan yang tidak mereka fahami. Saya juga selalu berfikir, bagaimana Tuhan menerima sesuatu doa` yang kita panjatkan tanpa dapat kita memahaminya. Hanya jiwa saya optimis, Tuhan itu faham bahasa hati kita dan Dia tahu apa yang kita inginkan. Hanya bagi pihak kita, samalah dengan seorang yang menerima surat kiriman dan membacanya setiap masa tetapi tidak dapat memahami isinya. Pembaca jenis apakah kita ini? Maka tidak peliklah banayk ayat-ayat Tuhan kita abaikan dan segala arahannya kita tidak mempedulikannya.

 
PENDAKWAHAN KAUM KELUARGA
Ditulis oleh Pentadbir Laman   
keluarga.jpgSOALAN: Di kalangan para pendakwah yang hebat dan terkenal pun, saya melihat mereka asyik berdakwah ke serata tempat. Kadangkala keluarga mereka sendiri terabai dan tidak mencerminkan dakwah yang mereka bawa. Bolehkah ini diumpamakan seperti nabi nuh A.S. di mana anaknya sendiri menolak seruan dakwah baginda? Sedangkan ada mereka anak orang biasa mereka lebih komited daripada anak ulama sendiri. Apa pendapat tuan.
Masih mentah, Kuala Lumpur.

 
Jawapan: Pengalaman mengajar kita bahawa cara hidup beragama yang dilalui oleh seseorang muda atau tua, lelaki atau perempuan didapati berlaku kepada mereka yang diberi taufiq oleh Allah S.W.T. Tidak ada ibubapa atau ke;luarga yang baik-baik menjamin keturunannya mewarisi perkara ini. Dengan maksud "iman bukanlah perkara yang boleh diwarisi".
 
[TIMESTAMP]
Advertisement

Iklan

darah_wanita.gif

Log Masuk

23 registered
0 today
0 yesterday
0 this week
0 this month
Last: ahmad ridha offline